Rejab has left us, the nite of Nisfu Syaaban is coming...soon Ramadhan will approach us.
It is said that on this meritorous month during the night between 14th and 15th Syaaban known as Laylatul-Bara'ah (the night of freedom from fire), Allah opens up the sky and elevates every single deed of His slaves. Therefore all our prayers will insyaAllah be granted upon the Almighty's will. Amin.
NISFU SYAABAN
Pada pertengahan bulan Syaaban, marilah kita meluangkan masa untuk
menyambut malam 15 Syaaban dikenali sebagai Nisfu Syaaban dan marilah
bersama-sama menambahkan amalan bagi mendapat keredaan Allah S.W.T.
Nisfu bermakna separuh (1/2).
Bulan Syaaban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti
keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu
Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: ?
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus
rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyekutukan (syirik)
denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal
minum arak, derhaka terhadap ibubapa. ?
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka
diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang
yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku
ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya
(selamatkannya). Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku
rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar
subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-
binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada
malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad!
gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala
umatmu orang yang tidak menyekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu,
lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala
pintu syurga.
Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, begitu juga
pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal
dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya
pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.
Allah akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kecuali enam
orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan
kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang
meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang
meminta, maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang
meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku
Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan
perempuan melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang
pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan. Lalu Nabi pun
bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Syaaban itu, beliau telah
diambil rohnya (mati), lalu aku (Aisyah) tutupkannya dengan kain,
Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku
kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di
dalam sujudnya yang bermaksud:
Aku berlindung dengan kemaafan engkau dari siksa engkau dan aku
berlindung dengan keredaan engkau daripada kehinaan engkau dan aku
berlindung dengan engkau daripada kejahatan yang datang daripada
engkau, aku tidak terhingga memuji engkau sepertimana engkau memuji
dari engkau.
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa di atas di dalam sujud.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad
s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah
memberi tahu kepada Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa a.s. pun berdoa
kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal
kebajikan) iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama
dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana ianya
adalah malam rahmat dan penyelamat mereka daripada api neraka, supaya
sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada
Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga
malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Thursday, August 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment